Siti Musliha Terkini

by MyBlogSantai on June 3, 2011

Teknik Pukau Pelanggan Teknik Pukau Pelanggan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Petang tadi ade tertengok gambar sorang ni.. tibe-tibe teringat time zaman dia kecik dulu.. sape?? Siti Musliha.. saya tak tau la korang semua kenal dia ke tak, tapi yang pasti saya suka sangat tengok dia berlakon time di kecik dulu..dia ni memang ada ramai peminat.. setabah-tabah orang dia tu.. ok, siti musliha ni, dilahirkan sebagai insan yang istimewa atau OKU.. pada 10 Januari 1983..

 

siti musliha, siti musliha terkini, siti musliha 2011, siti musliha kembali, siti musliha hujan air mata, hujan air mata, redhaku,

Siti Musliha, lahir dalam keadaan yang tidak sempurna. Batang hidung dia tak ade. Salah satu lubang hidungnya terletak di atas kening.. boleh korang bayangkan tak macam mana dia boleh tabah hidup dalam dunia ni??

Kat rumah, dia akan buat dan hidup macam mana orang lain buat, tengok tv,baca al-quran, solat, kadang-kadang dia akan keluar makan Mc Donalds, atau keluar dengan keluarga tengok wayang. Dia pernah sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Menunjukkan yang dia ni tak lah menjadikan kekurangan fizikal dia tu sebagai penghalang untuk dia menjalani kehidupan seperti orang lain.

Siti Musliha mula muncul di televisyen pada tahun 1994. Ramai yang simpati melihat nasibnya. Tujuan dia muncul di kaca tv pun sebab nak memohon sumbangan untuk pembedahan wajahnya. 2 tahun dia berkecimpung dengan dunia seni, dia menyanyi dan berlakon bagi mendapat wang yang cukup untuk dibedah. Tahun 1997, tiada lagi berita mengenainya. Tiba-tiba je dia hilang. Tiada seorang pun yang tahu termasuk pihak media. 17 tahun dia menghilangkan diri (ada sumber yang mengatakan 14 tahun).

Kini, dia sudah berusia 28tahun..Ketika di temui baru-baru ini, dia sudah sedikit berubah dengan bertudung. Tetapi, tutur kata yang lemah lembut dan percakapan yang sentiasa merendahkan dirinya tetap tidak berubah. Banyak perkara yang diceritakan apabila ditanya. Siti Musliha ni memang suka bercakap.

Individu yang membawanya ke persada seni dahulu ialah Hatta Sanie daripada MS Production. Beliau menyifatkan Siti Musliha adalah seorang budak yang sangat cerdik.

“Siti Musliha petah bercakap. Kita tak dapat jangka apa yang dia nak cakap,” katanya.

Bercerita mengenai zaman kanak-kanak Siti Musliha, Hatta menyifatkan bahawa dia seorang yang pandai bergurau.

“Saya masih ingat lagi jika kami ada tugasan luar, dia sering membawa perakam suara dan merakam  suara kami ketika kami tidur atau sedang berbual.

“ Bila dengar balik, kami tergelak dibuatnya,” kata Hatta lagi.

Tambahnya, kalau dia pimpin tangan Siti Musliha naik tangga, Hatta akan memberitahu dulu bilangan anak  tangga sebelum memulakan langkah.

“Dia akan kira semua anak tangga sampai yang terakhir,”

Selain suka bergurau dan petah bercakap, Siti Musliha juga seorang yang takut dengan bulu kucing.

“Saya pernah bergurau dengannya. Saya ambil barang yang berbulu dan letakkan pada badannya

“Dia pasti menjerit!!” kenang Hatta.

siti musliha, siti musliha terkini, siti musliha 2011, siti musliha kembali, siti musliha hujan air mata, hujan air mata, redhaku,

Utusan Malaysia ada menyiarkan cerita tentang penemuan Siti Musliha April lalu. Pada Mei lepas, akhbar Kosmo! pula menyiarkan kisah Siti Musliha. Ternyata kemunculnya benar-benar dinantikan selama ini.

“ Saya bukan hilangkan diri, saya mendekati Ilahi,” jawabnya. Siti Musliha juga mengakui bahawa dia rindu untu menyanyi semula. Kalau sebelum ini dia menyanyikan lagu mengenai kisah hidupnya, kini dia ingin menyanyikan lagu nasyid dan berunsur ketuhanan sahaja.

Bulan lepas dia telah menunaikan umrah bersama ibu bapanya. Ibadat itu menuntut pergerakan yang banyak terutama sekali ketika tawaf dan sai’e. Tapi, Siti Musliha lebih suka berjalan kaki daripada duduk di kerusi rodanya. Katanya, saat inilah tapak kakinya memijak Masjidil haram, dan tak putus-putus bersyukur kerana impiannya termakbul juga.

Di hadapan Kaabah bercucuran air matanya sambil menadah tangan berdoa :

“Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu, pulihkanlah pancainderaku agar aku dapat melihat dengan jelas dan merasai kehebatan ciptaan-Mu di alam ini.”

Terasa dirinya begitu dekat dengan Tuhan ketika itu, luahnya.

siti musliha, siti musliha terkini, siti musliha 2011, siti musliha kembali, siti musliha hujan air mata, hujan air mata, redhaku,

wajah Siti Musliha selepas 17 tahun menyepi

Pembedahan yang dijalani oleh Siti Musliha pada wajahnya sebanyak empat kali dilakukan di Adelaide, Australia. Hal ini bertujuan membolehkannya menjalani kehidupan yang lebih baik.

Pembedahan pertama yang dilakukan selepas kelahirannya pada 1983. Pembedahan ni mengambil masa 10 jam dan melibatkan bahagian kulit kepala berdekatan telinga kiri ke telinga kanan.Secebis tulang selangka turut diambil untuk membentuk hidungnya. Selain hidung, pembedahan untuk memisahkan jari tangannya juga dilakukan serentak.

Pembedahan kedua berlansung pada tahun 1988 bagi memperbetulkan  kedudukan mata, mendekatkan jarak mata dan membentuk semula bahagian muka.

Disusuli dengan pembedahan yang ketiga pada tahun 1994. Tujuan pembedahan kali ini ialah supaya dia boleh bernafas melalui hidung. Tulang selangka sebelah kanan Siti Musliha diambil untuk membentuk hidungnya itu.

Manakala pembedahan terakhir yang dilansungkan pada tahun 1996 bertujuan membetulkan kedudukan hidungnya.

Bagi Siti Musliha, pembedahan merupakan saat yang menyakitkan. “Saya sudah merasa bagaimana sakitnya menjalani pembedahan plastik. Jika diikutkan saya tidak mahu lagi dibedah.

Namun, jika masih ada yang sudi dan ikhlas membantu menjalankan pembedahan, tidak salah untuk saya menerima,” kata Siti Musliha yang sekarang terpaksa bernafas melalui mulut selepas hidungnya kembali tersumbat berikutan ketumbuhan yang dialaminya.

2 Julai ini dijadualkan Siti Musliha akan mengadakan persembahan bersama M Nasir pada majlis Makan Malam Kesatri Seni di Melaka. Ini merupakan penampilan sulung Siti Musliah selepas 17 tahun menghilangkan diri.

2 tahun menjsdi anak seni, Siti Musliha sempat merakam 2  buah album. Hujan Air Mata dan Mutiara Hati. Lagu Hujan Air Mata paling femes sampai masuk dalam anugerah juara lagu.

siti musliha, siti musliha terkini, siti musliha 2011, siti musliha kembali, siti musliha hujan air mata, hujan air mata, redhaku,

Siti Musliha

 

Saya doakan Siti Muslihah akan terus berjaya dengan apa saja yang dia

ceburi.. I’allah.

Dengarlah lagu Hujan Air Mata ni.. Sayu jerk.. T__T

Siti Musliha- Hujan Air Mata

 

 

 

 

 

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

{ 2 comments… read them below or add one }

Hati Batu June 3, 2011 at 10:25 PM

setiap org ada kelebihan dan kekurangan betul x? hehe
ni la bukti kuasa Allah.. :)
Hati Batu recently posted..Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2011My Profile

Reply

eirah exarra February 4, 2012 at 1:10 PM

syukur alhamdulilah siti muslihah dah lepas perbedahan sekarang dia sangat cantik walau pun dia kurang sempurna dia sangat tabah

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: