Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan

by MyBlogSantai on February 19, 2012

Teknik Pukau Pelanggan Teknik Pukau Pelanggan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..Tahniah kepada Juara Imam Muda Musim ke2, Imam Muda Hassan yang telah melansungkan majlis perkahwinannya kelmarin (17 Februari 2012). Dan semalam (18 Februari) merupakan majlis di pihak perempuan sementara majlis sambut menantu pula dijadualkan pada bulan April nanti.

Mengenali isterinya selepas tamat program Imam Muda Musim Ke2, Fardatul Ulfah melalui seorang kenalan. Dengan hanya melihat gambar, hatinya sudah terpaut. Seterusnya gerak langkah diambil dengan mengatur satu pertemuan. Ulfah ditemani oleh abangnya sepanjang pertemuan itu. Peribadi dan sikap Ulfah berjaya menambat hati Imam Muda Hassan untuk menyuntingnya sebagai bidadari.

Tanggal 17 Februari bukan sahaja membawa tarikh penting kepada Imam Muda Hassan yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 27, malah menjadikannya seorang suami pada hari tersebut.

Memilih bakal guru, Fardatul Ulfah Jamali sebagai suri hidup, majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam pada Jumaat lalu, selepas solat Isyak.

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM666 dan hantaran RM9999. Pihak Hassan membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang.

Yang paling menarik bagi saya ialah, Imam Muda Hassan dan Fardatul Ulfah hanya berhubung melalui SMS dan berpakat untuk becinta selepas kahwin. Sweet je!!

Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan

Jom kita saksikan beberapa gambar sepanjang akad nikah Imam Muda Hassan dan isterinya Fardatul Ulfah :

Video Perkahwinan Imam Muda Hassan

 

Semoga kekal ke akhir hayat hubungan suami isteri ini.

** Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 5.7/10 (3 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +2 (from 2 votes)
Gambar Perkahwinan Imam Muda Hassan, 5.7 out of 10 based on 3 ratings

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: