Drama Adam dan Hawa Adaptasi Novel

by MyBlogSantai on February 14, 2012

Teknik Pukau Pelanggan Teknik Pukau Pelanggan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Kalau perasan la kan, sekarang ni banyak sangat drama-drama di televisyen (tv) yang merupakan adaptasi dari novel.

Memang tidak dapat dinafikan, trend adaptasi novel ni dah lama, cuma sekarang ni kerapa sangat pula. Bermula dengan Filem Ombak RIndu, kemuadian ditayangkan pula drama Bicara Hati. Kemudian, Dingin Lavenda pula muncul. Belum sempat menghabiskan episod, Gemersik Kalbu tiba. Banyak lagi lah.

Sekarang ni pula, satu lagi novel yang mejadi pilihan untuk didramakan iaitu Adam dan Hawa. Novel Adam dan Hawa menjadi salah sebuah novel terlaris jualannya. Jalan ceritanya yang menarik, penuh dengan pelbagai perasaan baik gembira mahupun sedih.

Menerusi drama Adam dan Hawa yang akan mulakan penggambaran pada bulan ini, (Februari). Watak Adam Mukhriz akan dibawa oleh Aaron Aziz manakala Ain Hawani akan disandang oleh Nadiya Nissa. Ramai yang tidak bersetuju dengan watak yang dipilih, tetapi saya pasti pilihan pengarahnya tepat.

Drama Adam dan Hawa Adaptasi Novel

Setiap pengarah pasti akan dapat melihat di mana kelebihan seseorang seniman hyang dipilih.Menurut Aaron, walaupun ianya masih dalam perbincangan dia telah pun  bersetuju untuk menyandang watak Adam Mukhriz.

Buat pengetahuan semua, drama Adam dan hawa ini akan ditayangkan sebanyak 80 episod menerusi Astro. Tempat-tempat yang terlibat dengan pengambaran ialah Taj Mahal di india, Perth di Australia dan juga di Mekah serta di Malaysia sendiri. Tempoh yang diambil untuk tujuan penggambaran ini dianggar sekitar 4 bulan.

Bagi lagu tema untuk drama Adam dan Hawa ini, Kumpulan Hujan telah dipilih untuk menghasilkannya. Siapa yang tidak kenal dengan Kumpulan Hujan ni. Lagu-lagunya best sangat bila didengar.

Nanti saya akan kongsikan bersama sinopsis novel Adam dan Hawa ni bersama semua. Walaupun pasti sudah ramai yang tahu jalan ceritanya, tapi masih ada yang belumpun membaca novel tersebut.

Untuk mengetahui info terkini mengenai drama Adm dan Hawa ni, boleh klik ke page ni. [ ADAM DAN HAWA ]

** Drama Adam dan Hawa Adaptasi Novel

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.2/10 (5 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
Drama Adam dan Hawa Adaptasi Novel, 7.2 out of 10 based on 5 ratings

{ 1 comment… read it below or add one }

pengumpul lirik lagu July 23, 2012 at 6:57 PM

x sabar tnggu adam dan hawa..sbb lam novel best sgt..
pengumpul lirik lagu recently posted..Sinopsis Takdir Qismah – Slot Azalea TV3My Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: